MAKAN LAKSA :D
10 August 2011 | 1:40 AM | 0 comments
Hey hey kawan2. fuhh, penat kan puasa? haha. memang penat la kan. tak sabar nak berbuka ni. mak aku masak laksa harini. hehe. saje nak kongsi kongsi. ehh, nak kongsi cara buat laksa lah. hehe. tengok kat bawah.1kg Ikan selayang/sardin – direbus
1 cawan udang kepai (yg halus tu) – dibasuh dan tumbuk lumat
30-40 batang cili kering -direndam air panas & kisar
2 ulas bawang besar – dikisar bersama cili kering
1 inci belacan – dikisar bersama cili kering
3 ulas bawang merah – dimayang
1 genggam asam keping
1 genggam daun kesum
3 batang bunga kantan
2 liter atau lebih air
garam & ajinomoto secukup rasa (den tak galakkan) haha
LOPEH TU EKAU BUEK
1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dengan tulang.
2. Isi ikan dikisar kasar (masukkan air paras ikan sebelum kisar)
3. tulang ikan bersama air rebusan ikan dikisar dan ditapis. Ambil air sahaja.
4. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan
5. tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Masukkan sekali udang kepai yang telah ditumbuk lumat.
6. biar hingga cili masak (naik minyak)
7. Masukkan isi ikan. Kacau dan biarkan masak seketika bersama cili.
8. Masukkan air rebusan ikan.
9. Masukkan asam keping, daum kesum dan bunga kantan.
10. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa. Biar hingga mendidih.
hahaha. dah pun. tu kek ateh tu resepi ehh. dah siap nanti, ghoman ea jd mcm ni haaa.
haaa. mcm tu la ghoman ea. haha. lapar den tgok. dah la poso ni. haha. pokat logaht nkogri den harini haa. haha.okay laa. assalamualaikum :)